Produk kurus dipercayai mengandungi racun sibutramine dirampas

Risalah KKM yang melarang penggunaan ubat kurus atau pil pelangsingan mengandungi sibutramine kerana boleh menyebabkan gangguan mental, jantung, sawan hingga membawa maut.
Risalah KKM yang melarang penggunaan ubat kurus atau pil pelangsingan mengandungi sibutramine kerana boleh menyebabkan gangguan mental, jantung, sawan hingga membawa maut.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan merampas empat produk kurus bernilai RM14,000 kerana dipercayai mengandungi racun sibutramine yang boleh menyebabkan penggunanya mengalami gangguan mental.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, racun tersebut kerap dijumpai dalam produk pelangsingan berbentuk pil yang dijual secara haram.

Menurutnya, sebanyak 21 serbuan yang dilakukan sepanjang tahun ini dan pihaknya merampas empat jenama pil pelangsingan beracun sibutramine.

“Pil-pil yang mengandungi sibutramine boleh menyebabkan penggunanya mengalami gangguan mental.

“Mereka juga terdedah dengan risiko masalah jantung, penyakit sawan malah boleh mengundang maut,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Dr Zaini Hussin
Dr Zaini Hussin

Beliau berkata, produk yang dirampas itu dikesan dijual secara salah melalui medium dalam talian termasuk di laman Facebook dan aplikasi WhatApps.

“Untuk pengetahuan semua, produk yang mengandungi sibutramine tidak sesekali diluluskan penggunaannya di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

“Tiada jalan pintas untuk kurus jika anda obesiti. Berbincanglah dengan pakar perubatan atau pakar pemakanan di hospital atau klinik-klinik yang legal,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!