Calon PSM isytihar harta
SEMENYIH - Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) PRK DUN Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul mengisytihar harta di Pasar Semenyih, di sini, tadi.
Nik Aziz memaklumkan jumlah aset bersihnya sehingga 14 Februari lalu dianggarkan RM15,750.
"Kesemua anggaran terkandung dalam pengisytiharan ini dibuat dengan usaha terbaik dan berdasarkan dokumen, rekod atau ingatan saya.
"Semua aset yang diberi nilai pasaran terkini adalah berdasarkan anggaran terbaik saya," katanya.
Pengisytiharan harta kepada umum itu merupakan satu amalan parti tersebut untuk memastikan ketelusan ahli politik yang dipilih untuk mewakili rakyat dalam sistem perundangan dan membolehkan rakyat memantau supaya wakil rakyat tidak menyalahguna kuasa.
Nik aziz turut melafazkan ikrar anti rasisme di hadapan masyarakat Dun Semenyih.
"Saya tidak akan memainkan apa juga isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!