IWBF minta Perlis tangguh Woodball Piala Dunia ke tahun depan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (lima kanan): Foto Istana
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (lima kanan): Foto Istana
A
A
A

KEJOHANAN Woodball Piala Dunia (WCWC) Perlis 2020 pada 24 hingga 30 Julai ini ditunda setahun lagi kepada 23 hingga 28 Julai tahun hadapan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) telah menerima surat rasmi daripada Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWBF) melalui Persatuan Woodball Malaysia (MWA) yang meminta kejohanan itu ditangguhkan susulan penularan Covid-19.

“Diharapkan semua pihak yang terlibat dalam proses merancang dan melaksana kejohanan ini terus melakukan persiapan dalam bidang tugas masing-masing dengan sebaik mungkin,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MWA pada Rabu.

Kejohanan di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra sebelum ini dijadualkan pada 24 Mac hingga 30 Julai 2020, namun ditangguhkan ke tarikh yang sama pada tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!