Bekas ADUN Sanglang meninggal dunia
KANGAR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis Karim Salleh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira 12.24 tengah hari tadi.
Anak bongsu Allahyarham, Abdul Hafiz, 33, berkata, ayahnya, 81, dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar pada 23 Mac lepas sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut berikutan serangan jantung.
“Jenazah ayah (Karim) akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Padang, Simpang Empat dekat sini hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Ramlah Hamid, 68, dan empat orang anak.
Allahyarham Karim menyandang kerusi ADUN Sanglang pada 1995 setelah berjaya menewaskan Datuk Hashim Jasin dari Pas atas tiket Barisan Nasional, pada Pilihan Raya Umum ke-9 (1995-1999).
Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara selepas kalah di tangan Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-10. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!