Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia

Allahyarham Toh Puan Norkiah @ Rokiah Bagong yang berusia 72 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam12 tengah hari tadi setelah dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Allahyarham Toh Puan Norkiah @ Rokiah Bagong yang berusia 72 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam12 tengah hari tadi setelah dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak.
A
A
A

KUCHING - Toh Puan Norkiah @ Rokiah Bagong, isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini pada Rabu.

Menurut salah seorang anaknya, Allahyarham yang berusia 72 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam12 tengah hari tadi setelah dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Tun Abang Muhammad Salahuddin, 99, dan beberapa orang ahli keluarganya berada di sisi Norkiah semasa Allahyarham meninggal dunia.

Sementara itu, Unit Khidmat Awam Sarawak di Jabatan Ketua Menteri (UKAS) berkata, Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di Petra Jaya di sini petang ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!