Melaka sedia tutup pasar Ramadan, bazar Aidilfitri

Jabatan Kesihatan Melaka turut memantau SOP di Pasar Ramadan Taman Seri Cempaka, Peringgit di sini, pada Rabu.
Jabatan Kesihatan Melaka turut memantau SOP di Pasar Ramadan Taman Seri Cempaka, Peringgit di sini, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri akan membatalkan operasi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri sekiranya penganjur gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, SOP perlu diberi perhatian serius dan diperketatkan bagi memastikan tiada penularan kes pandemik Covid-19, seterusnya peniaga dapat menjana pendapatan dalam norma baharu.

Menurut, sekiranya terdapat SOP yang longgar, ia perlu diperkemaskan dan menggunakan kebenaran yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sebaiknya agar kebenaran beroperasi itu tidak ditarik balik.

"Mana-mana penganjur gagal patuhi SOP hingga bersesak-sesak boleh dikenakan tindakan. Patuhi SOP seperti dikeluarkan bagi bazar Aidilfitiri dan Ramadan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sinar Harian menyiarkan Penganjur Pasar Ramadan Taman Rambai Jaya di sini, kesal dan terkilan apabila gambar 'kesesakan pengunjung' yang didakwa berlaku di pasar itu tular sejak hari pertama Ramadan.

Penganjurnya, Ismail Adnan berkata, lebih 100 tapak berniaga disediakan di lokasi itu bagi memberi peluang terutama peniaga Melayu yang terkesan akibat pandemik meraih pendapatan sepanjang bulan ini.

Sementara itu, tinjauan di pasar Ramadan Taman Seri Cempaka, Peringgit mendapati rata-rata pengunjung mematuhi SOP namun keadaan agak sedikit sesak pada waktu puncak sekitar jam 5 hingga 6 petang.

Penganjurnya, Noor Haizad Hassan Baktee berkata, pihaknya menyediakan kupon kepada pengunjung selain dibantu anggota RELA bagi melancarkan pegerakan orang ramai di pasar itu.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini situasi terkawal cuma kita buka dua laluan masuk berbanding semalam dengan SOP yang lebih ketat agar pengunjung dapat masuk dua laluan," katanya.

Selain itu, tinjauan mendapati anggota polis, Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turun padang mematau pematuhan SOP orang ramai dan peniaga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!