Patuhi SOP, elak berada di bazar Ramadan terlalu lama

Reruai bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar disusun dengan penjarakan antara satu sama lain.
Reruai bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar disusun dengan penjarakan antara satu sama lain.
A
A
A

ALOR SETAR - Pengunjung bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi lokasi tumpuan orang ramai tersebut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, anggota pasukan pemantauan akan ditempatkan di bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan.

Beliau berkata, anggota polis akan melaksanakan pemantauan di bazar Ramadan setiap daerah.

"Kita berharap pengunjung dan peniaga untuk disiplinkan diri, sekali gus memastikan tidak berasak-asak di kawasan bazar sehingga boleh menyebabkan sentuhan.

"Kita juga nasihatkan pengunjung supaya terus pulang selepas membeli makanan dan mengelakkan berada di kawasan bazar berkenaan dalam tempoh jangka masa lama," katanya di sini pada Rabu.

Hasanuddin berkata, pihaknya juga akan menempatkan anggota polis di masjid untuk memantau tahap kepatuhan SOP jemaah.

Roslan dan isterinya, Jamaliah Ramli, 46, mengamalkan pemakaian pelitup muka serta mematuhi SOP ditetapkan di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Selasa.
Roslan dan isterinya, Jamaliah Ramli, 46, mengamalkan pemakaian pelitup muka serta mematuhi SOP ditetapkan di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Selasa.

"Setakat ini, kita dapati hampir semua masjid dan surau mematuhi SOP ditetapkan. Antaranya memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, pendaftaran sehinggalah penetapkan jemaah tidak melebihi kapisiti masjid ketika solat tarawih," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, peranan setiap individu penting dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman mendapati pengunjung dan peniaga mematuhi SOP ditetapkan apabila beratur dan tidak bersesak ketika membeli makanan.

Malah, reruai peniaga disusun dan diletakkan berjarak antara satu sama lain, membolehkan pengunjung berjalan tanpa berlaku bersentuhan antara satu sama lain.

Tiga kaunter disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk membuat pendaftaran dan pemeriksaan suhu.

Peniaga, Roslan Saad, 45, berkata, para peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan diyakini mematuhi SOP ditetapkan.

"Sebagai peniaga, saya sendiri ingin menunjukkan contoh kepada pengunjung apabila sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk menyewa dua khemah dan dua tapak bazar demi memastikan tiada kesesakan dan penjarakan dilakukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!