Pantau insentif pengecualian cukai

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai baharu motosikal 150cc dan ke bawah di bawah Pemerkasa pada 17 Mac lalu.
Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai baharu motosikal 150cc dan ke bawah di bawah Pemerkasa pada 17 Mac lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta memantau industri motosikal agar insentif pengecualian cukai baharu di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan baru-baru ini tidak terbazir.

Penganalisis pemotoran, Hezeri Samsuri berkata, pihaknya risau ada segelintir daripada industri pemotoran menyalahgunakan insentif tersebut dengan tidak memberikan potongan cukai.

“Semasa insentif yang sama diberikan untuk kereta, syarikat kenderaan mengumumkan secara rasmi harga produk mereka selepas insentif pengecualian eksais duti. Untuk motosikal, ia tidak berlaku kerana pihak pengeluar tidak mahu mengganggu operasi pengedar-pengedar mereka.

“Masalahnya sekarang, pasaran terbuka membenarkan pengedar menentukan harga jualan motosikal. Amat sukar untuk kita lihat sama ada wujud atau tidak penurunan harga akibat insentif itu.“Paling merisaukan ialah insentif itu jatuh ke tangan pihak lain, bukannya kepada kumpulan sasar program Pemerkasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada 17 Mac lalu, kerajaan mengumumkan pengecualian cukai baharu di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau Pemerkasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengecualian duti eksais sehingga 100 peratus tersebut bermula pada 1 April hingga 31 Disember 2021.

Tegas Hezeri, kerajaan khususnya KPDNHEP perlu memantau kedai motosikal yang tidak melaksanakan pengecualian duti eksais dan menyalahgunakan insentif tersebut dengan tiada potongan cukai kepada pembeli.

“Budak motor tidak tahu pasal insentif. Cakaplah apa pun, seorang dua sahaja ‘bising’. Lepas itu senyap sebab dia nak juga motor itu. Contohnya Honda ADV150 di Kelantan, mereka sanggup bayar sehingga RM15,500 disebabkan nak jadi orang terawal memilikinya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan khususnya KPDNHEP perlu pantau kedai motosikal yang tidak melaksanakan pengecualian duti eksais dan menyalahgunakan insentif tersebut dengan tidak memberikan potongan cukai kepada pembeli.
Kerajaan khususnya KPDNHEP perlu pantau kedai motosikal yang tidak melaksanakan pengecualian duti eksais dan menyalahgunakan insentif tersebut dengan tidak memberikan potongan cukai kepada pembeli.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM), Sukhdave Singh berkata, berikutan permintaan yang tinggi, harga ditetapkan pengedar sepatutnya sejajar dengan harga dikeluarkan oleh pengeluar. “Kesemua pengedar sepatutnya wajib mematuhi harga ditetapkan pengeluar.

“Caj-caj lain yang dikenakan seperti cukai jalan dan insurans akan ditambah kemudian tetapi jumlah bakal dikenakan sepatutnya adalah kadar yang tetap,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Sukhdave, satu tindakan perlu diambil terhadap pengedar sekiranya didapati mengamalkan perniagaan yang tidak beretika.

“Kita juga berharap penjual yang dilantik itu ditarik balik lesen penjualan motosikal jika melanggar etika tersebut,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!