MKN perlu kaji kelonggaran bazar Ramadan: Khairy

Khairy (dua dari kanan) pada sidang akhbar melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Khairy (dua dari kanan) pada sidang akhbar melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
A
A
A

SEREMBAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengkaji semula beberapa kelonggaran diberi terutama kebenaran pelaksanaan bazar Ramadan selepas 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan yang dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di negara ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, varian berkenaan dikenal pasti sebagai varian yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi dan sesetengah vaksin juga dilihat kurang efektif ke atas varian itu.

“MKN perlu berbincang semula sama ada untuk teruskan kelonggaran yang telah diberi. Semalam (Rabu) saya hantar gambar suasana bazar Ramadan di Kuala Lumpur kepada Perdana Menteri dan saya rasa banyak gambar bazar Ramadan yang tular di seluruh negara.

"Kita tak salahkan orang ramai sebab orang ramai memang nak pergi bazar Ramadan, tapi agak sukar untuk penjarakan sosial," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, pada Khamis.

Ujarnya, MKN perlu mengambil perhatian yang serius berkenaan perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, minggu lalu gelombang ketiga sudah dapat dikurangkan, namun jumlah berkenaan kembali meningkat sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!