Melaka tempatkan polis pantau SOP pasar, bazar Ramadan

Sulaiman dan isteri, Datin Munira M Yusop (kiri) menyantuni pesakit cilik sempena Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hospital Melaka pada Khamis.
Sulaiman dan isteri, Datin Munira M Yusop (kiri) menyantuni pesakit cilik sempena Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hospital Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Melaka akan menempatkan anggota polis di 70 pasar dan bazar Ramadan bagi memantau aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 berkuat kuasa pada Khamis.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, arahan serta-merta itu bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi SOP sekali gus tidak berlaku kesesakan seperti yang tular di pasar Ramadan Taman Rambai Jaya.

Menurutnya, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan turut sama memantau dan tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal mematuhi SOP.

"Pihak polis sedang menyusun dan akan meletakkan anggota polis di pasar-pasar dan bazar Ramadan setiap daerah dalam negeri ini.

"Setakat semalam saya berpuas hati SOP yang ditetapkan penganjur dan peniaga, namun dari segi pematuhan pengunjung masih lagi menimbulkan sedikit masalah apabila ada yang berebut-rebut ketika hendak membeli juadah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hospital Melaka, di Bukit Palah, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan; Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu.

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu menegaskan, amaran keras membabitkan SOP di pasar dan bazar Ramadan bukan bertujuan untuk menganiaya golongan peniaga namun bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan itu dilakukan disebabkan kasih sayang saya kepada peniaga-peniaga kecil yang banyak terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara dan Ramadan inilah untuk mereka tambah rezeki.

"Kalau dibatalkan, kita sebagai pembeli juga rugi tak dapat membeli juadah, tapi lebih kasihan adalah peniaga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!