Polis minta bantuan Interpol kesan Nicky

Ayob Khan ketika melakukan kunjungan ke atas anak anggota polis yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.
Ayob Khan ketika melakukan kunjungan ke atas anak anggota polis yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis akan mendapatkan waran baharu bagi tujuan membuat permohonan notis merah untuk terus menahan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum ini polis memohon notis biru untuk mengesan lokasi ahi perniagaan itu.

Menurutnya, notis merah itu akan dihebahkan dengan bantuan Interpol (Polis Antarabangsa) untuk terus menahan Nicky jika lelaki itu ditemui.

"Petang ini kita akan mendapatkan waran baru dari Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan notis merah," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan ke atas anak seorang anggota polis yang kini di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah memohon notis biru kepada Interpol (Polis Antarabangsa), bagi mengesan dan menangkap Nicky yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini sekiranya berada di luar negara.

Notis biru Interpol merujuk kepada permintaan untuk menjejaki, mengenal pasti atau mendapatkan maklumat, tentang orang yang menjadi perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis mohon notis biru kesan Nicky Liow: Acryl Sani

PDRM sebelum ini melumpuhkan sindiket jenayah terancang Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi 70 serbuan pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Serbuan di sekitar Lembah Klang dan Selangor oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 itu bertindak menahan 118 individu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, antara individu yang ditahan adalah dua adik kepada Soon Hee masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 dan 30 tahun selain seorang lagi Datuk Seri serta lima Datuk lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket jenayah terancang Geng Nicky lumpuh

14 termasuk dua adik Nicky didakwa terbabit jenayah terancang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!