India catat 200,739 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Kes positif Covid-19 di India mencecah 14,074,564 kes.
Kes positif Covid-19 di India mencecah 14,074,564 kes.
A
A
A

MOSCOW - India mencatatkan 200,739 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu, peningkatan harian terbesar sejak pandemik tercetus, lapor Sputnik.

Kementerian Kesihatan India pada Khamis berkata, jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 mencecah 14,074,564 kes.

Dalam tempoh sama, angka kematian meningkat sebanyak 1,038 kepada 173,123 orang.

Lebih 12.42 juta pesakit pulih sejak wabak mula menular. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!