Wanita warga China positif Covid-19 di Ipoh dikuarantin

Seorang wanita berusia 56 tahun yang baharu pulang dari Singapura disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.- Foto 123RF
Seorang wanita berusia 56 tahun yang baharu pulang dari Singapura disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.- Foto 123RF
A
A
A

IPOH - Seorang wanita warga China (PRC) yang dilapor menyebabkan beberapa premis di Ipoh ditutup susulan dia disahkan positif Covid-19, kini sedang dikuarantin di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, semakan mendapati wanita itu juga bukan seorang model seperti dikatakan tetapi merupakan peniaga dan memegang visa di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) yang sah.

“Beliau memiliki permit rentas negeri yang dikeluarkan oleh sebuah balai polis di Kuala Lumpur untuk tujuan rasmi kerja ke Ipoh dari 9 April hingga hari ini, namun telah menjalani ujian PCR di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh pada 10 April dan menerima keputusan positif Covid-19 keesokannya.

“Sebaik sahaja menerima keputusan ujian, beliau telah pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur tanpa singgah di tempat lain dan secara proaktif menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) tentang keputusan positif Covid-19 dan kini berada di bawah perintah kuarantin,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis

Asmadi berkata, kes disiasat oleh Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur dan hingga kini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta tidak menerima makluman berkaitan kontak kepada wanita itu di Ipoh serta tiada kes melibatkan pesakit positif Covid-19 untuk dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun katanya, premis yang pernah dilanggani oleh wanita berkenaan telah dilawati oleh PKD Kinta dan dihubungi untuk pihak syarikat menjalankan sanitasi masing-masing.

“Siasatan masih dijalankan oleh pihak KKM dan tindakan ke atasnya berpandu fakta kes yang sebenar sama ada wujud kesalahan,” katanya.

Akhbar tempatan berbahasa Cina sebelum ini melaporkan wanita itu menerusi laman Instagramnya membuat permohonan maaf kerana tidak menjalani proses kuarantin sebelum disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Wanita itu yang dikatakan berasal dari China dan bekerja di Malaysia telah pulang ke Ipoh selepas pulang dari tempat lain pada 9 April dan menjalani ujian saringan Covid-19 apabila dikatakan ada membuat kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19 namun tidak menjalani kuarantin kendiri. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!