Tok Mat, Hadi sepentas di Semenyih?

 Saarani. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Saarani. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata BN akan menganjurkan ceramah mega dalam masa terdekat di Semenyih.

Menurutnya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga akan duduk sepentas dalam majlis tersebut.

“Dalam tiga ke empat hari ini, kita adakan ceramah besar-besaran di mana Tuan Guru Hadi (Abdul Hadi) dan Tok Mat (Mohamad) akan duduk sepentas untuk berceramah,” katanya ketika ditemui semasa melawat rumah penduduk di Taman Tasik Semenyih, pagi tadi.

Tegas beliau, situasi tersebut sudah cukup untuk membidas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pas tidak akan menyokong BN dalam PRK DUN Semenyih.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih: Mahathir

Semalam, Dr Mahathir memberitahu Abdul Hadi sendiri membuat pengakuan tersebut ketika mereka mengadakan pertemuan di Yayasan Al-Bukhary, Putrajaya, kelmarin.

“Dalam pertemuan itu, kami bincang soal politik. Banyak soal politik. Mengenai pihak parti PAS dalam pilihan raya kali ini, dia tidak akan menyokong pembangkang (UMNO).

“Pas tidak akan menyokong UMNO dalam PRK kali ini. Tetapi ada juga pengakuan secara bertulis dan ditandatangani,” kata Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Saarani berpendapat PH kini semakin panik terutamanya selepas mereka tewas dalam PRK Parlimen Cameron Highlands bulan lepas.

“Sudah cukup rakyat tertipu pada PRU14, jangan tipu rakyat Semenyih. Mereka berhak tunjukkan reaksi kerana kita telah tunjuk di Cameron Highlands, rakyat tolak PH.

“Walaupun Dr Mahathir bantu tapi mereka tolak kerana nampak kelemahan dan janji kosong PH pada PRU14,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!