‘Salah jika beza harga terlalu tinggi’

Gambar kecil: Rosol
Gambar kecil: Rosol
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid memaklumkan tindakan penjual yang menjual motosikal sama ada secara tunai atau ansuran bukan satu kesalahan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya terdapat perbezaan harga yang terlalu tinggi antara kedua-dua kaedah pembelian tersebut, maka ia akan menjadi satu kesalahan.

“Ia tidak menjadi kesalahan jika beli secara tunai dan ansuran tetapi jika terdapat perbezaan harga yang besar, maka akan jadi kesalahan. Jika tiada perbezaan, maka ia tidak menjadi kesalahan.

“Yang kedua, kalau dikatakan nak bayar tunai, kena bayar lebih, itu boleh dilaporkan kepada kementerian,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Rosol, KPDNHEP telah melakukan tinjauan dan mendapati hanya sebilangan kecil kedai motosikal didapati menggalakkan penjualan secara ansuran.

Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya penjualan motosikal pada harga berbeza.
Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya penjualan motosikal pada harga berbeza.

“Jadi pegawai kita turun dan periksa, kita dapati bahawa ada kedai yang membenarkan untuk jual beli secara tunai.

“Boleh dikatakan bahawa banyak kedai yang suruh beli ansuran itu tidak banyak. Ada memang ada, tetapi tidak banyak.“Maknanya kebanyakan kedai yang kami pergi, mereka (pelanggan) boleh membeli secara tunai,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Rosol berkata, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya penjualan motosikal pada harga berbeza.

“Kita tengok kalau ada laporan, kita akan siasat. Siasat dan kita tengok daripada pembekal berapa dia dapat, para pembekal kepada peruncit jual berapa dan peruncit kepada pengguna dapat berapa,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!