Poland usir tiga diplomat Rusia
WARSAW - Poland mengusir tiga diplomat Rusia, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Duta Rusia ke Warsaw, Sergey Andreyev, dipanggil dan dimaklumkan mengenai tiga petugas kedutaan kini dianggap sebagai Persona Non Grata.
"Keputusan itu diambil kerana petugas berkenaan didapati melanggar status diplomatik dan melakukan kegiatan yang merugikan Republik Poland," jelas kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!