Pengunjung bazar Ramadan sabar beratur panjang tunggu giliran
TEMERLOH - Pengunjung bazar Ramadan Bukit Desa Semantan di sini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika membeli makanan di bazar berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati mereka sanggup beratur panjang lebih setengah jam menunggu giliran masuk ke bazar terbabit.
Seorang suri rumah, Idayu Azmi, 35, berkata, dia bersama beberapa ahli keluarganya beratur kira-kira 20 minit untuk memasuki bazar bagi mendapatkan menu pilihan mereka.
"Kami akur dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk pengunjung bazar.
"Pengunjung juga peka dengan arahan penjarakan sosial menjadikan suasananya tidak sesak," katanya.
Idayu berkata, orang ramai juga memakai pelitup muka sekali gus memberi keyakinan untuk pengunjung membeli di bazar ini," katanya pada Sinar Harian pada Khamis.
Katanya, walaupun pertama kali mengunjungi bazar berkenaan, namun baginya harga makanan berpatutan.
Seorang lagi pengunjung, Rohani Razak, 52, memberitahu, dia tidak kisah menunggu jika peraturan itu ditetapkan untuk keselamatan orang ramai.
"Kita akui kurang selesa menunggu dalam cuaca panas tetapi ia lebih baik untuk keselamatan semua pihak," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!