Polis nafi anggota meninggal akibat komplikasi suntikan vaksin
KAJANG - Polis menafikan seorang anggotanya yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meninggal dunia akibat komplikasi suntikan dos kedua Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dakwaan itu tidak benar sebaliknya pihaknya masih lagi menunggu siasatan dan hasil keputusan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kajang.
"Maklumat yang tular pada hari ini (Jumaat) di laman media sosial Facebook dan melalui aplikasi WhatsApp kononnya akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 adalah tidak benar sama sekali.
"Pihak kami sedang menyiasat berita palsu ini dan saya menyarankan kepada semua agar tidak membuat sebarang spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tegasnya, spekulasi tidak benar ini boleh meresahkan orang ramai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!