Lapan maut dalam kejadian tembakan di Indianapolis
MOSCOW - Lapan maut di tempat kejadian dalam insiden tembakan besar-besaran di sebuah kemudahan syarikat perkhidmatan penghantaran FedEx di bandar Indianapolis Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Jurucakap polis tempatan, Genae Cook, pada Jumaat berkata, beberapa lagi mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.
Sekurang-kurangnya seorang mangsa dalam keadaan kritikal, katanya.
Tiada pegawai polis cedera dalam kejadian itu.
Menurut maklumat awal, penyerang kemudian bertindak membunuh diri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!