Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak

Noor Syarina menjumpai sebatang paku dalam martabak yang dijamah yang disangkakan jari kaki ayam. Hantaran Syarina dalam Facebook berkenaan paku yang ditemui dalam martabak yang dia jamah.
Noor Syarina menjumpai sebatang paku dalam martabak yang dijamah yang disangkakan jari kaki ayam. Hantaran Syarina dalam Facebook berkenaan paku yang ditemui dalam martabak yang dia jamah.
A
A
A

GOMBAK - Seorang suri rumah yang berbuka puasa dengan martabak terpaksa mengeluarkan semula makanan dikunyah apabila ketulan disangka daging sebenarnya sebatang paku.

Noor Syarina Azhar, 29, berkata, dia berasa aneh apabila 'daging' yang dikunyah kira-kira 10 minit itu itu tidak hancur.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berbuka puasa bersama anaknya pada Khamis.

"Pada mulanya saya rasa ada sesuatu yang aneh tetapi menyangkakan ia cebisan daging keras. Semakin lama dikunyah, bentuk 'daging' tersebut semakin pendek, jadi saya ingatkan cebisan jari kaki ayam.

"Selepas 10 minit saya kunyah dan keluarkan dari mulut barulah saya nampak paku itu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Noor Syarina berkata, dia turut memeriksa kuah kari martabak yang dihidangkan namun tiada benda asing yang dikesan dalam kuah tersebut.

Dia juga memuat naik luahan berkenaan kejadian tersebut di Facebook dan hantaran tersebut menerima banyak kecaman daripada warganet yang kesal dengan penjual martabak tersebut.

Tambah Noor Syarina, dia turut berpesan kepada suaminya supaya memaklumkan kepada penjual untuk berhati-hati ketika menyediakan makanan kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak tahu jika kejadian tersebut disengajakan atau tidak tetapi saya masih hairan macam mana paku tersebut boleh ada dalam martabak itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!