AS Roma boleh jinakkan Manchester United

Dzeko (tengah) meledak jaringan penyamaan buat AS Roma ketika mengikat Ajax Amsterdam 1-1 pada aksi Liga Europa di Rome. - Foto AFP
Dzeko (tengah) meledak jaringan penyamaan buat AS Roma ketika mengikat Ajax Amsterdam 1-1 pada aksi Liga Europa di Rome. - Foto AFP
A
A
A

EDIN Dzeko percaya AS Roma mempunyai peluang untuk menyingkirkan Manchester United dari Liga Europa musim ini selepas kelab Serie A tersebut mara dalam kelompok empat terbaik kejohanan.

Biarpun bekas penyerang Manchester City tersebut mengakui The Red Devils akan menjadi lawan paling sukar yang bakal ditempuhi, namun menegaskan jagoan Itali berkenaan perlu berkeyakinan tinggi apatah lagi setelah melalui pelbagai cabaran untuk sampai ke peringkat ini.

"Sekiranya kita mara ke separuh akhir, saya katakan ya (kita boleh bersaing). Kami sebelum ini pun tidak mempunyai jalan mudah ketika berdepan Braga, Shakhtar Donetsk dan Ajax Amsterdam. Kini tiba masa kami berdepan antara kelab paling kuat pada saingan ini.

"Apa pun kami adalah AS Roma, sejak kami tiba di sini, kami harus memberikan segalanya untuk mara ke final," katanya.

Kapten AS Roma, Lorenzo Pellegrini turut senada dengan Dzeko apabila mengakui bahawa lawan kelab itu sebelum ini bukan merupakan lawan mudah.

"Semua permainan yang kami hadapi tidaklah mudah," katanya.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer menempah slot separuh akhir setelah melakar kemenangan agregat 4-0 ke atas Granada manakala AS Roma bangkit ketinggalan satu gol untuk mengikat Ajax Amsterdam 1-1 sebelum menyingkirkan gergasi Belanda tersebut 3-2 secara agregat.

Untuk rekod, Manchester United merupakan pasukan pilihan pada saingan empat terbaik kali ini untuk menjulang kejuaraan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Satu lagi aksi separuh akhir melibatkan pertemuan satu lagi kelab Inggeris, Arsenal menentang kelab Sepanyol, Villarreal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!