Rhinos jangan pandang mudah Lions

No Image Caption
A
A
A

PEMAIN Sabah FC diingatkan supaya tidak memandang mudah cabaran kelab tercorot UiTM FC menjelang aksi Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, UiTM FC yang tewas 0-3 kepada Melaka United FC pada 10 Oktober lalu pastinya mahu kembali bangkit dan meraih sebarang mata pada pada perlawanan berkenaan.

“Bagi saya, UiTM FC bukannya lawan yang mudah untuk ditewaskan dan kehadiran mereka malam ini pasti mahu mencuri mata berharga.

“Oleh itu, pemain Sabah FC diingatkan untuk terus fokus dan tidak boleh leka di sepanjang perlawanan selain tidak memberikan ruang untuk pemain UiTM FC bergerak bebas.

“Pemain juga perlu menggandakan usaha bagi mengekang asakan-asakan yang dilancarkan jentera serangan UiTM FC nanti,” katanya.

Untuk rekod, The Rhinos berjaya mengikat Penang FC 1-1 ketika beraksi di Stadium Bandaraya pada 11 April lalu manakala The Lions tewas 0-3 kepada Melaka United FC di Stadium UiTM, 10 April lalu.

The Rhinos kini berada pada kedudukan ke-10 dengan enam mata manakala UiTM FC berada pada kedudukan tercorot dengan satu mata.

Sementara itu, Kurniawan menegaskan pemain untuk bekerja keras di sepanjang perlawanan berkenaan jika mahu merealisasikan kemenangan yang dicita-citakan.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu pemain juga perlu lebih agresif ketika memberikan tekanan kepada pasukan lawan.

“Sebagai jurulatih, saya juga mengingatkan pemain untuk terus memberikan tekanan kepada lawan sehingga ke wisel penamat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!