Tawaran jaminan bon Jepun tanda keyakinan terhadap PM
Lim Guan Eng- Foto Bernama
A
A
A
Penerbitan ini akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65 peratus dan dijangka terbit sebelum Mac 2019.
‘’Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Jepun kerana sudi menawarkan jaminan ke atas penerbitan bon samurai,’’ katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, Malaysia baharu di bawah kepimpinan Dr Mahathir yang dinamik dan berwawasan telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan dunia.
‘’Di Malaysia terdapat satu keyakinan bahawa kita akan mengatasi segala cabaran ekonomi serta mencorak masa depan yang baharu,’’ katanya.
Beliau berkata, walaupun negara menghadapi cabaran fiskal, sektor kewangan masih sihat dan sektor monetari kekal stabil.
Pertumbuhan ekonomi mampan pula harus diteruskan demi menjamin kesejahteraan ekonomi, malah penjanaan hasil yang lebih tinggi akan membantu menangani kedudukan kewangan awam, tambahnya. – Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!