KPM ambil tindakan sekolah tetapkan kokurikulum ikut kaum
KUALA LUMPUR - Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap sebuah sekolah menengah di Johor, yang dikatakan menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulum kepada pelajar Tingkatan Satu termasuk sukan, terbuka untuk satu kaum sahaja.
Terkejut dan dukacita dengan perkara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyatakan, panduan yang dikeluarkan sekolah itu bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.
“Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka. Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan.
“Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka, Aku kaum lain, maka... tidak sama sekali. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaan yang jitu,” menurutnya dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.
Seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu dan memuat naik gambar sekeping surat, yang mengandungi senarai kelab dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.
Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu). - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: KBS bidas tindakan sekolah tetapkan sukan mengikut kaum
Terkejut dan dukacita apabila dimaklumkan tentang tindakan sebuah sekolah yang mengeluarkan panduan pemilihan aktiviti...
Posted by Dr Radzi Jidin on Saturday, April 17, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dr Zaliha enggan komen isu Titah Adendum
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula - King Sing
Tak boleh lagi acah-acah perlahan depan kamera AwAS lepas itu pecut
Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
Kenderaan penduduk terbenam dalam lubang benam
'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang, fakta' - Ketua Hakim Negara
VM 2026: Kenapa tiada masjid, soal Radzi Jidin