KPM ambil tindakan sekolah tetapkan kokurikulum ikut kaum
KUALA LUMPUR - Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap sebuah sekolah menengah di Johor, yang dikatakan menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulum kepada pelajar Tingkatan Satu termasuk sukan, terbuka untuk satu kaum sahaja.
Terkejut dan dukacita dengan perkara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyatakan, panduan yang dikeluarkan sekolah itu bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.
“Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka. Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan.
“Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka, Aku kaum lain, maka... tidak sama sekali. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaan yang jitu,” menurutnya dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.
Seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu dan memuat naik gambar sekeping surat, yang mengandungi senarai kelab dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.
Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu). - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: KBS bidas tindakan sekolah tetapkan sukan mengikut kaum
Terkejut dan dukacita apabila dimaklumkan tentang tindakan sebuah sekolah yang mengeluarkan panduan pemilihan aktiviti...
Posted by Dr Radzi Jidin on Saturday, April 17, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Anwar pelawa pelabur Korea Selatan teroka pelbagai peluang di Malaysia
MOT teliti cadangan warga emas jalani penilaian kompetensi - Anthony Loke
RMK13 beri tumpuan persediaan ke arah negara menua
Kementerian, agensi perlu perkukuh kerjasama dengan MOTAC - Ahmad Zahid
Guru dikhuatiri lemas selepas terjatuh Sungai Pahang ketika memancing
3 maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat tinjauan di masjid bersejarah di India
DSAT serah LOD, tuntut Sanusi ganti rugi RM1 bilion
Pelancong datang bukan kerana bahasa asing