Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan di Kampung Bundu, Kuala Penyu pada Sabtu. (Gambar hiasan) - Foto 123RF Gambar kecil: Azmir Abd Razak
Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan di Kampung Bundu, Kuala Penyu pada Sabtu. (Gambar hiasan) - Foto 123RF Gambar kecil: Azmir Abd Razak
A
A
A

BEAUFORT - Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemateri elektrik untuk membuat kerja penyambungan bekalan elektrik dari sebuah rumah di Kampung Bundu, Kuala Penyu pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.25 petang, mangsa, Liew Kok Phin, 29, disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.18 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang melakukan penyambungan elektrik dari rumah milik bapa mentuanya.

"Mangsa dipercayai terjatuh selepas terkena renjatan elektrik dari alat pemateri yang digunakannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat renjatan elektrik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!