Acara wajib tiap tahun ke Jualan Gudang Karangkraf

Pengunjung yang hadir ke Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf pada hari ketiga penganjurannya.
Pengunjung yang hadir ke Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf pada hari ketiga penganjurannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata pengunjung yang ditemui di Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf merupakan pengunjung tetap yang tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai bahan bacaan dengan harga murah.

Seorang eksekutif, Ainun Salihah, 40 berkata, setiap tahun menjadi acara wajib baginya ke Jualan Gudang Karangkraf kerana dapat mencari pelbagai buku menarik untuk seisi keluarga.

“Saya ikuti di laman sosial Facebook. Sama juga jualan gudang kali ini, memang saya tahu awal dan tidak melepaskan peluang untuk datang bagi mencari buku yang diingini.

“Saya selalu cari bahan bacaan ilmiah dari segi keagamaan seperti al-Quran dan buku pelajaran anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian.

Akuinya juga, kelebihan berkunjung ke jualan gudang Karangkraf yang diadakan setiap tahun, apabila boleh mendapatkan bahan bacaan yang hampir semuanya dalam Bahasa Melayu.

Haniyah bersama suami dan anaknya, antara pengunjung pertama kali ke Jualan Gudang Karangkraf.
Haniyah bersama suami dan anaknya, antara pengunjung pertama kali ke Jualan Gudang Karangkraf.

“Bagi yang ingin mencari pelbagai bahan bacaan dalam Bahasa Melayu, Jualan Gudang Karangkraf adalah pilihan tepat.

“Jika tempat lain, mungkin ada bercampur dengan bahasa lain justeru terhad untuk memilih. Tetapi di sini (jualan gudang Karangkraf) semuanya ada,” katanya yang juga memperuntukkan sehingga RM200 bagi pembelian di jualan gudang kali ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara seorang kakitangan kerajaan, Nasarudin Sharudin, 36 berkata, dia dan isteri sudah tiga tahun berturut-turut menjadi pengunjung setia jualan gudang Karangkraf.

“Apabila pertama kali kami datang dan melihat harga bahan bacaan yang dipamerkan jauh lebih murah, menyebabkan kami datang lagi untuk mendapatkan buku-buku diingini.

“Dari buku untuk anak-anak hingga kami suami isteri, boleh diperoleh di sini dengan harga jauh lebih murah dan berbaloi untuk dibeli,” katanya kepada Sinar Harian.

Pelbagai poster menarik yang menjadi pilihan pengunjung.
Pelbagai poster menarik yang menjadi pilihan pengunjung.

Ditanya mengenai bajet disediakan untuk jualan gudang itu, Nasarudin berkata, dia membelanjakan sehingga RM200 untuk bahan bacaan yang dibeli.

“Tetapi RM200 sangat berbaloi dengan jumlah buku yang dibeli. Tidak rugi untuk datang lagi ke jualan gudang seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Haniyah Mansor iaitu seorang ejen hartanah, merupakan pengunjung kali pertama ke jualan gudang Karangkraf bersama suami dan anak-anaknya.

“Sebenarnya kami lalu untuk meninjau rumah di kawasan berhampiran. Apabila melihat ada jualan gudang ini kami membuat keputusan untuk singgah dan melihat apa yang menarik.

“Memang banyak buku boleh diperoleh dengan harga yang jauh lebih murah. Dan berharap Karangkraf sediakan juga bahan bacaan berbentuk ‘D.I.Y’ untuk menghasilkan sesuatu bahan, pasti akan membuatkan lebih menarik. Tetapi buku untuk anak-anak memang banyak dan berbaloi untuk beli,” katanya.

Ainun & Nasarudin
Ainun & Nasarudin

INFO

Jualan Gudang Awal Tahun 2019 Karangkraf

Lokasi: Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Tarikh: 15-24 Februari 2019

Waktu: 9 pagi hingga 7 malam

Kemudahan: Ruang parkir, ruang solat dan bangunan berhawa dingin

Bahan bacaan: Buku sekolah, kanak-kanak, agama, al-Quran, majalah dan novel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!