Kena samun dengan kawan sendiri

Ketiga-tiga suspek diperintah direman enam hari di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga suspek diperintah direman enam hari di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki tidak menyangka niat baik membenarkan rakannya menggunakan tandas di rumah, bertukar tragedi apabila disamun tiga penjenayah termasuk dua rakannya sendiri, dalam kejadian di sebuah rumah flat di Jalan Petani, di sini, pagi semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 19 tahun yang berada di rumah didatangi rakan baiknya (suspek) yang kononnya meminta izin untuk menggunakan tandas di rumah sebelum bertindak meletakkan pisau ke lehernya.

"Beberapa minit kemudian, datang lagi dua lelaki yang mana salah seorangnya amat dikenali sebelum bertindak memegang kedua-dua belah tangan mangsa.

"Dalam masa sama, seorang daripada mereka mengambil wang berjumlah RM500 di dalam beg mangsa yang diletakkan di ruang tamu sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira," katanya ketika dihubungi.

Susulan laporan dibuat mangsa, tiga lelaki yang masing-masing berusia 17 dan 21 tahun itu ditangkap di dua lokasi berasingan pada hari sama kejadian.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif hari ini membenarkan ketiga-tiga suspek ini direman enam hari untuk disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!