Tukang masak didakwa bunuh isteri

Tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya dengan menolak mangsa jatuh dari pangsapuri pada 10 April lepas.
Tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya dengan menolak mangsa jatuh dari pangsapuri pada 10 April lepas.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh isterinya dengan menolak mangsa jatuh dari pangsapuri pada 10 April lepas.

Daneesh Xavier, 34, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Daneesh didakwa membunuh isterinya, S Primila, 35, dengan menolak mangsa jatuh dari tingkat 18 di Kondominium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam pada kira-kira 12 tengah malam, 10 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan manakala Daneesh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pada 10 April lepas, media melaporkan mayat seorang ejen insurans ditemui di atas bumbung bilik panel suis elektrik Kondominium Bukit Awana di sini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang masak ditahan, tolak isteri dari tingkat 18 kondominium

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!