Mourinho kena pecat
JOSE Mourinho telah dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur sebentar tadi - hanya sehari selepas dia menyatakan bahawa skuad kendaliannya mampu menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Menurut laporan The Telegraph, pemecatan pengendali kelahiran Portugal itu amat mengejutkan kerana Spurs kini dalam persiapan bagi menghadapi Manchester City pada aksi final Piala Liga.
Untuk rekod, Mourinho telah membimbing Spurs selama 18 bulan selepas dilantik pada November 2019 bagi menggantikan tempat Mauricio Pochettino.
Digelar The Special One, Mourinho masih mempunyai baki kontrak sehingga 2023.
Dalam musim pertamanya menerajui Spurs, Mourinho berjaya memacu The Lilywhites berada di tangga keenam EPL.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!