Kerajaan sedia kemudahan pendidikan khas

Turut diadakan Sesi Menandatangani Dan Pertukaran Nota Kolaborasi Strategik antara Industri.
Turut diadakan Sesi Menandatangani Dan Pertukaran Nota Kolaborasi Strategik antara Industri.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerajaan sentiasa memastikan pelajar bekeperluan khas mendapat hak pendidikan formal yang sama dengan pelajar normal.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, kewujudan pelbagai institusi seperti Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),sekolah vokasional dan institusi kemahiran bertujuan membantu pelajar mendapat kemahiran dan mempersiapkan diri bersaing dalam pasaran.

Menurutnya, pelbagai jenis laluan pendidikan telah disediakan untuk pelajar bekeperluan khas bertujuan bagi mengelakkan keciciran dalam pelajaran serta meningkatkan motivasi pelajar.

"Selain daripada itu, penguasaan dalam bidang kemahiran juga dilaksanakan mengikut kemampuan pelajar-pelajar ini bagi membolehkan mereka berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Pendidikan Khas dan Ramah Mesra Bersama Industri Kolej Komuniti Sungai Petani di The Jerai Hotel semalam.

Hadir sama, Pengarah Kanan (Akademik) Zainab Ahmad mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, Najmiah Abdullah.

Salmee berkata, sepertimana di Kolej Komuniti Sungai Petani, pelajar yang mengikuti Sijil Asas Pastri (Pendidikan Khas) telah didedahkan dengan asas pembuatan roti, asas pembuatan kek, asas pembuatan biskut, kuih-muih tempatan dan pencuci mulut.

"Fokus ini diberi berdasarkan kemampuan, tahap keupayaan pelajar serta kehendak industri semasa.

Artikel Berkaitan:

"Dalam konteks ini, semua keperluan industri berkaitan pastri akan diajar kepada pelajar bagi memastikan pelajar yang tamat mengikuti kursus di kolej adalah berdaya saing," katanya.

Dalam majlis berkenaan, 26 pelajar dihargai pada majlis berkenaan termasuk Muhammad Afiq Salleh, 19 dan Siti Husna Romli,17, yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!