Penerbangan pertama antara Australia dengan New Zealand bermula

Sempadan negara Australia dengan New Zealand kini dibuka apabila pesawat komersial pertama berlepas dari sebuah lapangan terbang di Sydney ke Wellington pada Isnin. - Foto Air New Zealand
Sempadan negara Australia dengan New Zealand kini dibuka apabila pesawat komersial pertama berlepas dari sebuah lapangan terbang di Sydney ke Wellington pada Isnin. - Foto Air New Zealand
A
A
A

SYDNEY - Penerbangan komersial rasmi pertama antara Australia dengan New Zealand bermula pada hari Isnin sekali gus membolehkan kaum keluarga yang terpisah akibat pandemik Covid-19 kembali bersatu semula apabila sempadan kedua-dua buah negara kini dibuka semula.

Ia juga bermakna buat pertama kalinya dalam tempoh hampir 400 hari, para penumpang dapat terbang melintasi Laut Tasman tanpa perlu menjalani kuarantin wajib Covid-19 apabila mereka tiba di Wellington, New Zealand dari Sydney, Australia.

"Ia merupakan hari yang besar dan mengujakan buat keluarga dan rakan-rakan," kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang memuji kejayaan kedua-dua negara dalam menghalang penularan wabak Covid-19.

Sebelum Covid-19 menular ke hampir seluruh dunia, kira-kira 1.5 juta pelancong Australia melawat negara tersebut pada tahun 2019.

Penerbangan itu adalah sebahagian daripada gelembung perjalanan yang dirancang sejak beberapa bulan lalu mendapat liputan media secara langsung di kedua-dua buah negara.

Gelembung perjalanan ialah situasi di mana para pelancong dari negara-negara tertentu dibenarkan memasuki sebuah negara yang berjaya mengawal penularan Covid-19.

Pesawat Air New Zealand itu berlepas dari lapangan terbang Sydney selepas jam 6 pagi waktu tempatan dan membawa 105 penumpang.

Ia merupakan penerbangan pertama dengan beberapa buah syarikat penerbangan menjangkakan akan membawa para penumpang masing-masing melintasi Laut Tasman pada Isnin. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!