Siap siaga hadapi gelombang keempat

Negara perlu bersiap sedia kerana amaran mengenai gelombang keempat Covid-19 sudah kedengaran beberapa kali. - Gambar hiasan 123RF
Negara perlu bersiap sedia kerana amaran mengenai gelombang keempat Covid-19 sudah kedengaran beberapa kali. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

TSUNAMI Covid-19 yang melanda India dalam gelombang kedua sebenarnya cukup menggerunkan apabila pada Khamis lalu 200,000 orang dijangkiti dalam tempoh sehari.

Ia menjadikan India (14.1 juta kes) berada di kedudukan kedua selepas AS (31.4 juta kes).

Peningkatan kes di India menyebabkan katil-katil di hospital dan tangki oksigen bagi membantu pesakit bernafas tidak mencukupi untuk menampung bilangan pesakit yang ramai.

Dalam satu kes, pesakit Covid-19 yang kritikal diisytiharkan sudah meninggal dunia sebanyak dua kali tetapi sebenarnya dia masih hidup di sebuah hospital di Madhya Pradesh.

Malah, sungguh menyedihkan bagi seorang bekas askar yang menghidap Covid-19 meninggal dunia di dalam kenderaannya ketika menunggu kebenaran untuk dirawat di sebuah hospital kerajaan di negeri Bihar beberapa hari lalu.

Apa kaitannya dengan Malaysia?

Kita sebenarnya perlu bersiap sedia kerana amaran mengenai gelombang keempat sudah kedengaran beberapa kali.

Semua peringkat daripada pemerintah hinggalah kepada rakyat bawahan perlu mengambil serius tentang amaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ia bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai tetapi merupakan satu 'wake up call' supaya tidak pandang enteng kepada amaran gelombang keempat itu.

Perkhidmatan kesihatan misalnya perlu bersedia dengan jumlah katil, tangki oksigen hinggalah kepada jumlah petugas bagi menghadapi gelombang berkenaan.

Begitu juga dengan kawalan keselamatan, anggota polis dan tentera perlu bersedia jika gelombang tersebut benar-benar berlaku.

Tidak terkecuali, sistem pendidikan negara. Perancangan perlu dilakukan dengan teliti supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan lancar tanpa gangguan.

Semua pihak perlu bersiap sedia dengan memperbaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini dan seterusnya bersedia menghadapi gelombang keempat dengan lebih terkawal.

Paling penting ialah diri kita sendiri. Perlu lebih serius mematuhi SOP ditetapkan pihak kerajaan supaya tiada lagi kewujudan kluster baharu dan rantaian jangkitan dapat ditamatkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!