Gempa bumi sederhana di pantai barat utara Sumatera
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi Selasa.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!