Air ketum untuk diedar di Kajang dirampas

Polis merampas 54 bungkusan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kajang, pada Isnin.
Polis merampas 54 bungkusan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kajang, pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Polis menahan dua lelaki di sebuah rumah dan merampas satu tong ais berisi bungkusan air ketum di Taman Bukit Mewah, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, operasi kira-kira jam 5.30 petang itu turut menemui satu peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis heroin.

"Pemeriksaan di dalam tong ais terbabit mendapati terdapat 54 bungkusan serta satu botol air ketum.

"Polis percaya air ketum siap diproses serta dibungkus dalam kuantiti yang banyak oleh suspek ini untuk diedar kepada pelanggan di sekitar Kajang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada suspek positif dadah.

Katanya, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 dan 50-an itu dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!