Great Britain terlalu kuat buat skuad negara

Antara aksi menarik perlawanan Speedy Tigers menentang Great Britain di Bukit Jalil. - Foto FB MHC
Antara aksi menarik perlawanan Speedy Tigers menentang Great Britain di Bukit Jalil. - Foto FB MHC
A
A
A

SKUAD hoki negara kecundang sekali lagi pada aksi persahabatan tiga penjuru setelah tewas 1-3 kepada Great Britain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Isnin.

Pelawat membuka jaringan menerusi gol padang oleh Rupert Shipperley, pada minit ke-35 pelawanan.

Seminit selepas itu, serangan pantas pihak lawan menyaksikan Phil Roper menjaringkan gol kedua pasukan melalui gol padang apabila beliau berjaya menguis bola menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman sekali gus meletakkan Great Britain di depan dengan 2-0.

Adam Dixon meletakkan Great Britain pada kedudukan selesa 3-0 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.

Anak buah bimbingan Arul Selvaraj tidak berputus asa dan akhirya berjaya meraih gol yang dicari pada pada minit ke-55, apabila Muhammad Razie Abd Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Ini adalah kekalahan kedua Malaysia dalam seri persahabatan setelah tewas 3-0 kepada Jepun, Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!