Pinjam, belanja tanpa kelulusan Parlimen salah: Najib

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa untuk meminjam dan berbelanja tanpa kelulusan serta pemantauan Parlimen adalah salah.

Beliau berkata, pada akhirnya yang perlu membayar semula hutang bukan kerajaan pada masa ini.

“Walaupun had hutang 60 peratus diluluskan Parlimen telah mencecah pada paras 62.2 peratus setakat akhir tahun 2020, namun kerajaan PN masih membuat pinjaman baharu sebanyak RM73.5 bilion dalam tempoh darurat setakat ini bagi tahun 2021.

“Sebab Parlimen sudah digantung dan Akta Kewangan yang kawal perbelanjaan kerajaan juga digantung melalui satu warta darurat,” katanya menerusi satu tulisan di Facebooknya pada Selasa.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, jika kadar berkenaan diteruskan sehingga akhir tahun, kerajaan PN berpotensi membuat pinjaman baharu berjumlah lebih RM300 bilion pada tahun ini.

“Pada masa Barisan Nasional (BN), jumlah keseluruhan hutang kerajaan adalah RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 namun ini meningkat kepada RM879.6 bilion pada akhir tahun lalu.

“Pinjam untuk bantu rakyat tak salah, namun bantuan rakyat tak begitu banyak setakat tahun ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!