200 pejuang dibunuh di Syria oleh tentera Rusia

Gambar fail menunjukkan beberapa askar Rusia meronda di Palmyra, timur laut Syria. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa askar Rusia meronda di Palmyra, timur laut Syria. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin menyatakan sekurang-kurangnya 200 pejuang di Syria telah terbunuh dalam serangan udara di sebuah pangkalan untuk para penentang Presiden Bashar al-Assad di Palmyra, timur laut negara itu.

Menurut satu kenyataan kementerian tersebut, selepas memperoleh data menerusi pelbagai saluran berhubung lokasi kemudahan penentang-penentang itu, jet-jet pejuang Rusia kemudian melancarkan serangan udara.

Ia menyatakan dua tempat persembunyian telah dimusnahkan manakala sehingga 200 militan terbunuh.

Kenyataan tersebut menyatakan sebanyak 24 trak pikap dengan mesingan termasuk kira-kira 500 kilogram peluru serta komponen bagi menghasilkan bahan letupan termampat juga berjaya dimusnahkan.

Bagaimanapun, menurut AFP, kenyataan berkenaan tidak menyatakan tarikh serangan tersebut dilakukan oleh tentera Rusia.

Pada tahun 2015, Rusia terlibat dalam kempen ketenteraan di Syria bagi membantu kerajaan Assad menguasai semula kebanyakan wilayah di negara tersebut yang terlibat dalam perang saudara.

Pilihanraya Presiden Syria akan diadakan pada 26 Mei depan iaitu kali kedua diadakan sejak tahun 2011 iaitu ketika perang saudara meletus di negara tersebut sehingga mengakibatkan 388,000 orang terbunuh.

Ia juga dijangka membuka jalan kepada Assad untuk mengekalkan kuasa di negara tersebut selama tujuh tahun lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin lalu, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan para penentang Assad mendapatkan latihan di beberapa buah kem di kawasan yang tidak dikawal oleh rejim Presiden tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!