Syed Saddiq sedia disaman Papagomo

Papagomo & Syed Saddiq
Papagomo & Syed Saddiq
A
A
A

KEMAMAN - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia jika disaman Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung insiden serangan ke atas dirinya selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Semenyih di Kajang, semalam.

Syed Saddiq berkata, beliau berada di pihak yang benar ditambah terdapat ramai saksi di lokasi kejadian termasuk pihak polis.

"Saya tiada masalah kerana yakin dengan apa yang berlaku dan pada masa sama ada ramai saksi di sana, pihak polis pun ada.

"Biar polis yang jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang akan memfailkan saman fitnah terhadapnya ekoran selepas didakwa bertindak dicekik pada bahagian leher oleh seorang individu semasa berlaku serangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Diserang penyokong BN: Syed Saddiq lapor polis

Syed Saddiq cuba dikasari ketika penamaan calon

Polis Selangor siasat semua penyerang Syed Saddiq

Papagomo ditahan, akan fail saman fitnah terhadap Syed Saddiq

Artikel Berkaitan:

Syed Saddiq berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Padang Sintetik Stadium Mini Mak Chili Kemaman kepada Majlis Perbandaran Kemaman, sebentar tadi.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukhairi Wan Abdullah.

Papagomo dipercayai menjadi salah seorang individu yang terlibat dalam serangan itu semalam.

Menerusi klip video serangan yang tular di media sosial semalam, memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan Syed Saddiq diiringi polis serta anggota Unit Amal Pas sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Susulan itu, Papagomo yang juga blogger kontroversi itu ditahan polis di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Diminta mengulas mengenai penahanan itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut dan yakin keadilan akan dapat ditegakkan.

"Saya baca kenyataan Papagomo, banyak kenyataan yang berubah-ubah, dia cakap aku pergi sana siap peluk Saddiq, dia kata kau bodohlah Saddiq.

"Kita dah 'screenshot' kenyataan itu dan hantar pada polis dan lepas itu dia tukar kenyataan pula kata 'tak adalah aku tak peluk (Syed Saddiq) dan cuma pegang bahu sahaja," katanya.

Beliau berkata, perkara itu akan diserahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!