Masjid di Pekan dikompaun RM10,000 kerana tidak patuh SOP

Notis kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan terhadap Masjid Sri Maulana, Taman Sri Maulana, Pekan pada Selasa yang tular di media sosial.
Notis kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan terhadap Masjid Sri Maulana, Taman Sri Maulana, Pekan pada Selasa yang tular di media sosial.
A
A
A

PEKAN - Notis kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan terhadap Masjid Sri Maulana, Taman Sri Maulana di sini pada Selasa yang tular di media sosial adalah benar.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, notis kompaun itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan atas kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Saya dimaklumkan masjid tersebut tidak mematuhi SOP kerana gagal menyediakan ​pengimbas kod bar MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.

"Jadi, kompaun dikeluarkan agar masjid lain ambil iktibar. Bayaran boleh dibuat oleh pihak masjid dengan pengurangan sebanyak 50 peratus," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa tular satu notis kompaun yang dikeluarkan PKD Pekan pada jam 11 pagi atas nama Pengerusi Jawatankuasa Masjid di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pihaknya telah meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan pemantauan berterusan di masjid dan surau negeri ini.

"Kita telah meminta penguat kuasa JAIP memastikan pengimbas kod bar dapat dipamerkan dan diguna setiap individu yang datang ke masjid.

"Mungkin ada berlaku kekhilafan oleh ahli jemaah atau pengurusan, perkara itu di luar jangkaan kita," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!