Covid-19: 11 Rohingya maut di Cox's Bazar

Sekurang-kurangnya 11 pelarian Rohingya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di kem pelarian terbesar dunia di Cox's Bazar, Bangladesh sejak Mac tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 11 pelarian Rohingya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di kem pelarian terbesar dunia di Cox's Bazar, Bangladesh sejak Mac tahun lalu.
A
A
A

CAMPSDHAKA - Sekurang-kurangnya 11 pelarian Rohingya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, sementara 507 yang lain dijangkiti virus itu di kem pelarian terbesar dunia di Cox's Bazar, Bangladesh sejak Mac tahun lalu.

Kematian pertama dilaporkan di kem pelarian Teknaf Rohingya, satu daripada dua kem pelarian utama di Cox's Bazar, kata pegawai pada Selasa.

Lelaki berusia 67 tahun itu sedang menjalani rawatan jantung ketika dijangkiti virus itu, kata pengawas kem dan timbalan setiausaha di Suruhanjaya Bantuan dan Pemulangan Pelarian (RRRC) Md Khalid Hossain, kepada Anadolu.

Sebelum meninggal dunia pada malam Ahad, lelaki itu telah menjalani saringan Covid-19 dan disahkan positf sehari kemudian.

Terdapat lebih sejuta Rohingya kini berlindung di 34 kem pelarian di Cox's Bazar.

“Sebelum ini, sekurang-kurangnya 10 Rohingya meninggal dunia akibat Covid-19 di kem pelarian Ukhiya, manakala 507 pelarian disahkan positif sejak Mac 2020," kata pegawai kanan RRRC, Mohammad Shamsud Douza.

Menurut Pejabat Pembedahan Awam daerah, Cox Bazar mencatatkan sebanyak 7,590 kes jangkitan dengan 89 kematian.

Bangladesh mengenakan sekatan pergerakan hingga 28 April untuk mengatasi kenaikan jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Menurut kementerian kesihatan negara itu, Bangladesh setakat ini melaporkan sekurang-kurangnya 10,588 kematian dan 727,780 jangkitan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!