Mushroom sambut bulan Ramadan bersama pelanggan
QL Foods Sdn Bhd, merupakan pengeluar jenama Mushroom juga tidak mahu ketinggalan untuk menyambut bulan Ramadan bersama pelanggan mereka.
Pihak syarikat berharap agar penggemar produk ini dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna ditambah lagi dengan menu lazat untuk berbuka puasa bersama Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’.
Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ terbahagi kepada 5 jenis dan mempunyai cara masakan yang berbeza antaranya adalah goreng, stimbot, oden, sushi dan lain-lain lagi.
Bagi pelanggan yang menggemari kudapan yang rangup boleh mencuba Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ bersira pedas
Untuk resipi lengkap sila klik video di bawah:
Manakala untuk pelanggan yang menggemari cara masakan tumis pula, boleh mencuba resipi ketam berlada dengan menggantikan ketam kepada Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’.
Untuk resipi lengkap sila klik video di bawah:
Orang ramai terutamanya pengguna muslim di negara ini tidak perlu was-was dengan produk Mushroom kerana produk keluaran ini mendapat pengiktirafan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
QL Foods Sdn Bhd mempunyai Sistem Pengurusan Halal Dalaman yang diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited untuk memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur Halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM.
Disamping itu juga, syarikat ini mempunyai pasukan yang sentiasa menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan kualiti produk terjamin dalam memenuhi cita rasa serta permintaan pelanggan.
Peraduan Ramadan
Bagi memeriahkan dan menghargai sokongan setiap pelanggan sepanjang bulan puasa ini, QL Foods Sdn Bhd menganjurkan Peraduan ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda’.
Peserta berpeluang memenangi duit raya berjumlah RM12,500 (pin tambah nilai Touch n’Go). Pemenang akan dipilih berdasarkan hidangan paling kreatif dan menarik.
Untuk keterangan lanjut peraduan ini sila ikuti Facebook QL Mushroom. Tempoh peraduan bermula dari 11 April 2021 hingga 16 Mei 2021.
Jom sertai peraduan ini dan dapatkan produk Mushroom di pasaraya berdekatan anda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!