LKTN sasar tanam 80 hektar kenaf

LKTN menyasarkan seluas 80 hektar tanaman kenaf akan diusahakan di Perak pada tahun ini. - Gambar hiasan
LKTN menyasarkan seluas 80 hektar tanaman kenaf akan diusahakan di Perak pada tahun ini. - Gambar hiasan
A
A
A

TANJUNG MALIM - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan seluas 80 hektar tanaman kenaf akan diusahakan di Perak pada tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata sehingga kini, 13 hektar telah diusahakan dengan 10 hektar di Lambor, Perak Tengah manakala tiga hektar lagi di Slim River.

“Perak adalah satu daripada negeri berpotensi serta berminat untuk memperluas tanaman komoditi berkenaan sebagai sumber ekonomi dan pendapatan baharu kepada penduduk setempat.

“LKTN telah mengenal pasti dua kawasan berpotensi untuk dibangunkan projek perintis tanaman kenaf iaitu di Lambor, Perak Tengah dan Slim River, Muallim,” katanya ketika berucap merasmikan Penanaman Kenaf di Kampung Balun, Slim River di sini pada Rabu

Mohd Khairuddin berkata projek perintis tanaman kenaf melibatkan tanah seluas tiga hektar di Slim River itu dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pondok Muallim. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!