Pek juadah berbuka untuk polis trafik

Ramli (dua dari kiri) bersama Azman (tiga dari kanan) melakukan gimik pembuangan sampah ke dalam tong kitar semuila semasa program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada Selasa.
Ramli (dua dari kiri) bersama Azman (tiga dari kanan) melakukan gimik pembuangan sampah ke dalam tong kitar semuila semasa program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena Ramadan tahun ini, KDEB Waste Management mengagihkan sumbangan berbentuk pek juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan khususnya polis trafik menerusi program Singgah Sinar Iftar 1-Meter.

Program tersebut dijalankan secara koloboratif dengan Sinar Harian.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir berkata, sumbangan tersebut bagi menghargai jasa polis trafik yang menjalankan tugas tanpa henti dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang dilaksanakan sejak tahun lalu terutamanya ketika cuaca panas terik pada bulan Ramadan ini.

“Kita tahu polis trafik di Selangor bekerja tanpa henti dalam keadaan PKP sejak tahun lalu bagi memastikan rakyat kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, jadi kita sangat menghargai jasa mereka terutamanya ketika Ramadan ini,” katanya selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada pasukan polis trafik di Balai Polis Seksyen 11 di sini pada Selasa.

Hadir sama pada program tersebut ialah Pengurus Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Dari kanan: Hashim dan Ramli menyerahkan pek juadah berbuka puasa kepada Azman pada program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di Balai Polis Seksyen 11 pada Selasa.
Dari kanan: Hashim dan Ramli menyerahkan pek juadah berbuka puasa kepada Azman pada program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di Balai Polis Seksyen 11 pada Selasa.

Sebanyak 50 pek juadah makanan diserahkan kepada pasukan polis trafik menerusi program tersebut.

Ramli berkata, pihaknya menyeru mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor yang berkemampuan untuk membantu orang ramai yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama bagi melipat gandakan amalan pada Ramadan ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya akan terus menjalankan beberapa program dengan autoriti yang lain untuk membantu orang ramai yang terkesan semasa PKP dilaksanakan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at bersyukur dengan kehadiran pihak KDEB Waste Management dan Sinar Harian yang memberi penghormatan kepada mereka untuk terus bertugas dengan baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!