Cipta pengalaman berbuka di lapangan terbang

Mohd Eszahar (kiri) dan Mohamad Nazri (kiri) beramah mesra besama pelanggan selepas berbuka.
Mohd Eszahar (kiri) dan Mohamad Nazri (kiri) beramah mesra besama pelanggan selepas berbuka.
A
A
A

MELAKA - Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang telah lebih 10 bulan sunyi tanpa sebarang aktiviti penerbangan, kini 'hidup semula' dikunjungi orang ramai yang datang menikmati juadah berbuka.

Idea kreatif yang dicetuskan oleh syarikat katering, Bintang Katering, memberi peluang orang ramai berbuka puasa di lapangan terbang sekali gus mencipta pengalaman indah dalam menjalani normal baharu pandemik Covid-19.

Pengusahanya, Mohd Eszahar Mansor berkata, langkah itu bukan sahaja dapat membantu menyumbang pendapatan kepada LTAM memandangkan telah lama ia tidak riuh dengan operasi penerbangan sekali gus dapat menjana pendapatan syarikatnya yang aktif menerima tempahan katering di majlis-majlis keraian termasuk perkahwinan.

Mohd Eszahar Mansor
Mohd Eszahar Mansor

Menurutnya, peluang yang datang itu dianggap rezeki diberikan ALLAH SWT pada bulan Ramadan kerana dalam bulan ini tiada sebarang tempahan majlis perkahwinan yang diterima, sedangkan segala kos dan gaji pekerja perlu dibayar.

"Kita lihat kawasan ini begitu luas dan sesuai untuk lokasi bufet Ramadan, malah memudahkan pengunjung untuk mematuhi penjarakan fizikal.

"Secara tidak langsung, kita memberi kelainan kepada orang ramai untuk berbuka puasa di lapangan terbang yang jarang-jarang diadakan. Kebanyakan mereka memang teruja dan akan datang lagi," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Eszahar berkata, bufet Ramadan yang ditawarkan dengan harga berpatutan iaitu RM39.90 dewasa, manakala RM20 bagi kanak-kanak dan warga emas turut menyediakan lebih 100 menu juadah termasuk pencuci mulut sehinggakan menerima pelanggan mencecah 200 orang terutama pada hujung minggu.

Artikel Berkaitan:

Antara juadah masakan kampung yang disediakan Bintang Katering ketika bufet Ramadan di LTAM Batu Berendam.
Antara juadah masakan kampung yang disediakan Bintang Katering ketika bufet Ramadan di LTAM Batu Berendam.

Katanya, apa yang lebih penting usaha itu dapat menyelamatkan kira-kira 70 pekerja daripada terkesan pandemik itu dan pihaknya akan terus berfikiran kreatif agar perusahaan katering ini tidak mengalami kerugian serta pekerja tidak diberhentikan.

"Orang ramai juga tidak perlu risau dengan SOP, kerana setiap petang akan ada anggota polis dari Balai Polis Batu Berendam yang akan bantu memantau memastikan SOP dipatuhi dalam usaha kita mengekang penularan Covid-19," katanya.

Sementara itu, Pengurus LTAM Mohamad Nazri Mat Khalib berkata, pihaknya mengalu-alukan program yang boleh memberi pulangan kepada LTAM dan dijangka aktiviti penerbangan di lapangan terbang berkenan akan beroperasi semula pada Jun depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!