JPJ Selangor terima kunjungan Singgah Sinar Iftar 1-Meter

Kakitangan GM Klang diketuai Norsuhaida (dua dari kiri) bergambar bersama Mohamad Hafiz ketika program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di JPJ Padang Jawa pada Khamis.
Kakitangan GM Klang diketuai Norsuhaida (dua dari kiri) bergambar bersama Mohamad Hafiz ketika program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di JPJ Padang Jawa pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Petugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerima kunjungan Sinar Harian dengan rakan kerjasama GM Klang bagi program Singgah Sinar Iftar 1-Meter.

Program yang berlangsung pada Khamis itu diadakan di JPJ Padang Jawa dihadiri oleh Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman sementara Sinar Harian diwakili oleh Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Norsuhaida berkata, GM Klang mengambil peluang terlibat dalam program itu sebagai merapatkan ukhuwah dan menyantuni golongan petugas barisan hadapan di bulan Ramadan.

Selain itu menurutnya, kedatangan Ramadan juga adalah masa terbaik buat pusat pemborong itu meningkatkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti serta agensi kerajaan.

"Alhamdulillah program berjalan lancar dan kita dapat bersuai kenal dengan pegawai-pegawai JPJ.

"Saya harap program ini dapat diteruskan dari masa ke masa untuk kita membina hubungan yang lebih erat lagi pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada program tersebut sebanyak 50 pek juadah berbuka puasa berserta cenderahati disampaikan kepada Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ Negeri Selangor, Mohamad Hafiz Usman.

Dalam pada itu, Mohamad Hafiz berkata, pihaknya mengalu-alukan penganjuran Singgah Sinar Iftar 1-Meter dan kerjasama itu boleh diteruskan bagi program-program akan datang seperti kempen keselamatan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih JPJ ucapkan kepada penganjuran CSR pada hari ini yang dilihat sebagai menghargai peranan 'frontliners'. Kita hargai dan bersyukur, ia pastinya memberikan kebaikan kepada semua.

"Kita harap sinergi ini boleh diperluaskan lagi untuk program akan datang yang pastinya menjadi nilai tambah untuk bersama-sama menggembleng usaha yang kita lakukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!