Minyak sawit tumpah, trafik sesak 4km

Gambar tular insiden minyak tumpah dari lori tangki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.9 Lebuhraya Guthrie arah utara pada Khamis.
Gambar tular insiden minyak tumpah dari lori tangki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.9 Lebuhraya Guthrie arah utara pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Lori tangki membawa muatan minyak sawit mengalami kebocoran selepas terbabit kemalangan di Kilometer 15.9 Lebuhraya Guthrie arah utara, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4.23 petang.

"Kejadian berlaku apabila lori tangki itu dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah lori lain sehingga berlaku tumpahan minyak," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Shafa'aton berkata, insiden itu mengakibatkan aliran trafik sesak sejauh kira-kira empat kilometer.

"Setakat ini laporan polis masih belum dibuat. Lorong kecemasan turut dibuka untuk laluan manakala tiga lorong masih ditutup untuk pembersihan.

"Pihak Guthrie kini dalam usaha menyediakan laluan alternatif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!