Anggota bomba berbuka puasa di lokasi kebakaran

Anggota bomba terpaksa berbuka puasa di lokasi kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong di Lorong Haji Abu Bakar dekat Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba terpaksa berbuka puasa di lokasi kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong di Lorong Haji Abu Bakar dekat Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang. - Foto ihsan bomba
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa berbuka puasa di lokasi kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah kosong di Lorong Haji Abu Bakar dekat Kampung Kedai Lama di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, situasi tersebut merupakan antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pasukan berkenaan sepanjang melaksanakan tugas di bulan Ramadan.

"Perkara ini sudah menjadi sebahagian daripada darah daging buat setiap anggota bomba.

"Alhamdulillah, keseluruhan anggota tidak pernah mengeluh untuk berdepan situasi itu, malah gembira dapat melaksanakannya demi masyarakat," katanya.

Menurutnya, setiap kali Ramadan, anggota bomba sentiasa bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan tugas-tugas menyelamat tanpa mengira waktu.

Rumah yang tidak berpenghuni terbakar 95 peratus. - Foto ihsan bomba
Rumah yang tidak berpenghuni terbakar 95 peratus. - Foto ihsan bomba

Katanya, semua itu sudah tersenarai sebagai tugas anggota pasukan berkenaan.

"Penat macam mana pun, ibadah puasa tetap kami kerjakan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah perintah agama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang dan Pasir Mas terpaksa berbuka di lokasi kejadian selepas operasi memadam kebakaran dilakukan.

Imran berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus kami tiba, rumah yang tidak berpenghuni itu sudah terbakar 95 peratus," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!