Fail Syariah bincang soal perundangan Islam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian tampil memperkenalkan sebuah lagi program baharu disiarkan secara langsung di platform digitalnya diberi nama Fail Syariah bermula jam 3 petang ini.

Edisi pertama program berkenaan mengupas tajuk ‘Maduku Seorang Lelaki’ yang membincangkan hak seorang isteri apabila mengetahui kelakuan sebenar suaminya.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman berkata, Fail Syariah menampilkan hos jemputan, Syafie Said bersama seorang peguam syarie, Ahmad Shaher Mohamad Fuad bagi membicarakan serta mengutarakan soal jawab isu-isu berkaitan undang-undang dan keluarga Islam.

”Pemilihan program Fail Syariah sebagai produk terbaharu Sinar Harian kerana melihat isu kekeluargaan dan sosial sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat hari ini.

”Konsep program ini bukannya mendedahkan kisah ‘dalam kain’ atau masalah rumah tangga yang menimbulkan keaiban kepada mana-mana pihak atau individu tertentu. Sebaliknya program ini akan memberikan pendedahan ilmu dan panduan kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Sebagaimana program lain, Fail Syariah akan bersiaran secara langsung di semua platform digital Sinar Harian iaitu portal www.sinarharian.com.my; Facebook Sinar Harian; YouTube Sinar Harian dan Twitter @SinarOnline.

Mengulas lanjut, Rozaid berkata, Sinar Harian berhasrat untuk memberi nilai tambah kepada masyarakat menerusi program-program keagamaan yang diterbitkan.

Sinar Harian sebelum ini turut menjadi pelopor program bual bicara atas talian paling lama iaitu Wacana dan Sinar Live yang bersiaran dua kali seminggu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!