Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit berada di paras 4.1130/1170 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1145 sewaktu ditutup pada Khamis.
Ringgit berada di paras 4.1130/1170 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1145 sewaktu ditutup pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat berikutan faktor seperti pengukuhan unit dan penurunan hasil Perbendaharaan negara maju tersebut serta harga minyak yang lebih stabil, kata peniaga.

Pada 9 pagi Jumaat, ringgit berada di paras 4.1130/1170 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1145 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, pengukuhan dolar AS memberi kesan negatif terhadap ringgit dari segi sentimen namun penurunan berterusan itu dapat dikekang oleh pengurangan hasil Perbendaharaan AS dan harga minyak.

“Tidak ketinggalan adalah prestasi pasaran tukaran asing yang dilihat tidak terjejas dengan kebimbangan membabitkan Covid-19 apabila mata wang rupee India meningkat,” katanya.

Selain itu, sewaktu pasaran dibuka, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0929/0967 daripada 3.0948/0980 pada Khamis dan tinggi berbanding euro kepada 4.9422/9486 daripada 4.9490/9555 sebelum ini.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6936/6996 daripada 5.7152/7212 namun susut berbanding yen kepada 3.8119/8166 daripada 3.8036/8076. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!